Sebagai pembukaan kepada semester 1 universiti bagi sesi 2011/2012, PKPIM Kuantan telah mengadakan Malam Miftah Perjuangan pada 14 September yang lepas. Antara tujuannya adalah menyambut ahli-ahli baru yang mendaftar di UIAM Kuantan setelah menamatkan pengajian di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya dan juga menautkan kembali ukhuwah antara ahli-ahli PKPIM Kuantan setelah 5 bulan bercuti semester di kampong halaman masing-masing.
Malam Miftah Perjuangan ini bertempat di Kulliyyah Farmasi UIAM Kuantan serta dihadiri seramai lebih 50 orang peserta. Program ini juga turut dihadiri oleh YDP, Setausaha dan Penolong Setiausaha ABIM Pahang. Kehadiran Presiden ABIM, Sdr. Amidi Abd Manan dan murabbiy PKPIM Kuantan, merangkap Naib Presiden Kebangsaan PKPIM Pusat, Sdr. Aliemran Norasid juga menambahkan keceriaan suasana pada malam tersebut. Semoga ukhuwah antara setiap ahli PKPIM Kuantan dan ABIM Pahang akan terus mekar di bawah lembayung rahmat Yang Maha Esa. InsyaAllah.


Pesanan saudara murabbi PKPIM Kuantan,
(1) Jagalah ukhwah sesama kita. Dengan ukhwah kita mempu berdiri tegak dengan lurus walapun kaki kita sakit. Semangat sahabat-sahabat yang berada disekeliling kita mampu menjadi pendokong untuk menjadikan diri kita lebih kuat berdiri bersama meneruskan perjuangan suci mencari redha Illahi.
(2)Sebagai mahasiswa, tangungjawab kita adalah lebih daripada mentelaah pelajaran.Kepekaan pada isu semasa sepatutnya menjadi suatu perkara yang sinonim dengan mahasiswa. Menjadi katak dibawah tempurung,tidak akan memperkembangkan kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri jika ilmu dipelajari sebanyak lautan luas sekalipun tidak dikongsi bersama yang lain.Maka, mahasiswa perlu bersifat kritikal dalam pemikiran. Analisis terhadap sesuatu isu perlu dilaksanakan dengan kritikal dan matang, yang melambangkan diri mereka sebagai pelajar universiti yang saban hari berinteraksi dengan para ilmuan hebat, pensyarah,professor dan sebaginya. Oleh yang demikian, mahasiswa perlu proaktif dan progresif untuk menjadi seorang yang responsif terhadap isu semasa. Cukup bermula anda menjadi responsif dalam kalangan sahabat. Kemudian boleh dikembangkan sifat responsif itu dengan bersuara ke ruang-ruang yang disediakn seperti 'speaker corner', mungkin? Sebagai yang akhir, berbaktilah kepada masyarakat. Dekati dan bantu mereka kerana mereka memerlukan kita.Hampir separuh perbelanjaan di universti ini ditanggung oleh kerajaan. Yang mana wang yang diperolehi itu adalah berasal daripada cukai rakyat. Oleh yang demikian kita perlu berterima kasih kepada masyarakat kerana telah membantu kita secara tidak langsung untuk berada disini.
Betulkan saya jika saya salah.wallahualam.