PKPIM KUANTAN. Dikuasakan oleh Blogger.

Hidup Bersama Illahi

oleh Permata Tinta PKPIM Oktober 26, 2011



Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya

Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah


Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi

Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan

Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan


2.27 pagi


Ah indah sungguh bait-bait kata nasyid ini. Lebih indah jika ia sebati dalam hidup kita. Alangkah indah hidup bersama Ilahi. Segalanya terasa mudah. Perkara sukar dirasakan ringan untuk dipikul, apatah lagi perkara yang mudah. Indah bukan?


Hidup bersama Ilahi. lebih tepat hidup bersama yang tercinta. Bukankah mencintai sesuatu perkara atau manusia itu membuatkan kita mahu menghabiskan seluruh usia kita bersamanya. Apatah lagi bersama sang raja sekalian alam. Nukilan pepatah cina,


Aku bertanya apakah itu cinta?


Cinta adalah suatu adalah suatu simulasi yang menjadikan pecintanya tidak ragu-ragu untuk menggadai hidup dan mati demi orang yang dicintainya.


Asyiknya percintaan bersama sang tuhan! Cintanya pasti dibalas. Tiada lagi hari dimana tidur pun tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang kerana ternanti-nanti orang yang diingini. Tidak pada Allah. Terlupakah kita dengan kata-kata Rasulullah S.A.W yang dituduh sebagai penyair palsu oleh musyrikin mekah;


“Barangsiapa yang mendekati Allah sesiku, Dia akan mendekatinya sehasta. Barangsiapa mendekati Allah sambil berjalan, Allah akan menyambutnya sambil berlari.” (HR Ahmad dan Al-Thabrani)


Nah, apa lagi keraguan yang menerpa? Kenallah tuhan dengan 99 namaNya, kenallah tuhan dengan sifat-sifat wajib, mustahil , dan harusNya, kenallah tuhan dengan perintah dan laranganNya. Bukankan tak kenal maka tak cinta? Rasailah muraqabah denganNya. insyaAllah ketenangan sentiasa menggamit kita.



“Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia. “[Ar-Ra’d;28]


Ya memang benar dunia itu ujiannya maha dahsyat. Apatah lagi dunia teknologi yang tidak kenal lagi apa maksud kemanusiaan. Yang hanya didengari kini manusia yang bersifat kebinatangan. Mujahadahlah! Bukankah mujahadah itu pengakhirannya syurga?


“Mujahadah itu pahit kerana syurga itu teramatlah manis”


Pernah dengarkan engkau akan ilmu? Dengan ilmu yang benar kita bermujahadah. Dengan ilmu yang benar kita mengenal siapa sebenarnya musuh manusia dah sahabatnya. Dan dengan ilmu yang benar kita mengetahui bagaimana mahu bermujahadah dengan benar mujahadah.


Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya;


Wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Janganlah takut untuk melayarinya jika sampanmu Taqwa, isimu Iman dan layamu Tawakkal, InsyaAllah kau akan sampai ke Pulau Abadi.”


Cinta itu bukan benar cinta jika hanya kata-kata yang gagah menggegar gegendang telinga. Cinta itu perlukan bukti dalam bentuk perbuatan. Laila akan bosan jika Majnun asyik menaburkan kata-kata cinta kepadanya. Zahirkanlah cinta kepada tuhan dengan amalan kehambaan dan kekhalifahan. kuatkan diri, persiapkan rohani untuk mendekatiNya kerana ganjaran yang diberi bukan main-main. Ganjarannya keredhaan dan syurgaNya!


“Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan.”[As-Sajdah; 17]



Kata seorang sahabat syurga itu indah;


“Ada sungai-sungai yang mengalir di syurga. Ia mengalir di bawah kita, bukan di tepi-tepi kita seperti di bumi. Alangkah indahnya, lebih indah dari Istana Puteri Balqis. Ada sungai susu, ada sungai arak yang murni, ada sungai madu. Tetapi, susu, arak dan madu di sana lebih lazat berbanding di sini. Juga, ada mata air yang mengalir. Indahnya pemandangan di sana. Dengan pakaian sutera halus yang hijau serta gelang yang dibuat daripada perak yang lebih hebat dari mana-mana cincin perkahwinan di dunia, kita pula akan berehat dan duduk bersandar di bantal-bantal yang empuk, permaidani-permaidani telah terhampar, dilayani oleh pelayan-pelayan yang sebaya dan sangat menarik. Tiada lagi terik matahari, tiada lagi sejuk yang melampau. Seolah-olah semuanya berkhidmat untuk kita. Kita mahukan apa sahaja, mintalah. Ia akan datang. Petik saja buah-buahan dari pohon. Subhanallah. Bidadari dan bidadara akan bercengkerama di sekeliling kita. Ya, ada biadadari khas untuk Umar al-Khattab. Berdahi besar, berkulit hitam manis, bawah matanya berwarna biru, atas matanya berwarna merah. Malah, sangat pemalu, duduk berasingan di saat-saat bidadari lain sedang bercengkerama. Kita akan hidup dengan pasangan cinta kita. Si isteri akan tinggal bersama suaminya yang terakhir ketika hidup di dunia. Bukan soalnya kita akan tinggal dengan siapa. Soalnya, ada tempatkah untuk kita di taman-taman hijau itu? Mereka akan melayan kita dengan gelas-gelas dipenuhi air. Air dari mata air bernama Salsabil. Gelas itu tidak sama dengan gelas sekarang. Kita akan makan dan minum, tapi bukan untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Kita makan dan minum, semata-mata untuk makan dan minum. Kebun-kebun milik kita, anggur-anggur adalah kepunyaan kita. Tidak perlu takut kalau terlambat ke Perang Tabuk. Kerana, tiada perkara-perkara tidak berguna di sana. Tiada cemburu, tiada marah, tiada hasad dengki, tiada kezaliman dan tiada penindasan. Yang ada hanya kenikmatan, kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan. Di sana, kita akan menikmati kelazatan nikmat-nikmat syurga. Subhanallah. Melihat wajah Allah, muka kita akan berseri-seri. Siapa yang tidak suka melihat wajah seorang Kekasih? Ahh, rindunya kita pada kampung halaman itu.”


Mari kita hidup bersama Ilahi. (^.^)


Nukilan:

= + = Cahaya Kehidupan = + =


Sumber rujukan:

Al-quran, hadith, buku penenang jiwa imam al-ghazali, blog-blog

2 comments

  1. Tanpa Nama Says:
  2. penuh makna=)
    diselitkan dengan ayat al-quran, dan hadith menjadikan kita lebih yakin dan percaya dan lebih dekat dihati=)

     
  3. penulisan yang baik..moga tersentuh hati2 yg membaca..

     

Al-Waqtu Kas-Soif

Bersama Permata Tinta