“Sayang
betul la. Result cloning in male clownfish dah ‘cantik’, tapi kenapa in
female clownfish langsung tak menjadi? Macam mana nak compare the result
between male and female nanti? Saya berhasrat nak publish research
ni.” Luah Dr. Asma, co- supervisor yang saya hormati.
Saya
hanya diam membatu. Buntu.
“Mungkin
awak ada miss step di mana- mana. Ok, jom kita troubleshoot sama-
sama.” Pujuk Dr. Asma.
Dalam
hati sebak tak terkata. Final Year Project (FYP) yang bertajuk
“Identification and Isolation of Microsatellite from Male and Female in A.
ocellaris by Using RAMs Primer SC6” hanya berbaki kurang lima belas hari
sebelum tarikh menghantar final draft thesis.
Saya
terdiam buntu kerana pelbagai perkara terbuku dikalbu.
Hati
mula menyoal. Mampukah saya untuk mencapai objektif projek iaitu isolate and
determine 10 clones of male and female of false clownfish? Sampel untuk ikan
jantan dah settle. Tapi sampel untuk ikan betina langsung tak menjadi.
Sempatkah?
Proses
mengklon dengan mengaktifkan bakteria e.coli bakal mengambil masa selama
1 minggu. Itu pun jika tiada apa-apa masalah. Bermula dengan proses PCR,
kemudian purify dan akhirnya incubatepada takat suhu tertentu
selama 16-18 jam setelah proses ligation and transformation (cloning).
Namun,
bukan hanya tamat di situ. Klon yang berjaya harus dihantar ke 1st
Base Laboratory untuk mendapatkan ‘jujukan berulang’ dan mengambil lagi
masa 2 hingga 3 hari berkerja. Setelah itu, data dianalisa dan dibincang dengan
sokongan artikel- artikel serta jurnal yang lain sebelum ditaip kemas dalam
perenggan final draft.
Sekai
lagi diri bermonolog sendiri. Sempatkah?
Hati
mula bermuhasabah dan mengimbau semula saat ‘mula’.Saya telah memilih untuk
melaksanakan Final Year Project (FYP) di Universiti Malaysia Terengganu
(UMT). Bermula dengan minat terhadap bidang molecular biologi setelah mendapat
pendedahan di makmal UMT semasa industrial training membuat diri saya tercabar
untuk lebih mengenal, mendekati dan memahaminya. Bermain dengan DNA, enzim,
bakteria pasti jadi teruja untuk melihatnya. Namun, mata ini pasti tidak mampu
untuk melihat benda seni itu begitu sahaja. Itulah keterbatasan seorang
manusia. Ada hikmahnya.Maka, dengan sedikit bekal yang ada saya nekad
meneruskan dan melengkapkan lab work FYP saya di UMT.
“Everything
is provided including sample, equipment, chemical, and etc. You just come and
do or if you want to handle in UIA, no problem. But I would suggest you to
handle it here because it is easier for you to refer or discuss with me. ”
Saran Dr. Asma.
“Ok,
I’ll be there to complete my lab work, insyaAllah.”
*****************************
Jadual
mula disusun rapi. Menyusun jadual. Mengatur perbelanjaan makanan, penginapan,
dan perjalanan.Mujur semester akhir bagi pelajar tahun empat bioteknologi hanya
ada FYP dan satu subjek serta tiada peperiksaan akhir semester. Jadi, sayaberpeluang
untuk berulang dari UIA-UMT setiap dua minggu. Itu perancangan awal yang diatur.
Seawal bulan Disember 2011 saya memulakan latihan makmal yang terus menjurus
kepada tajuk Final Year Project yang diberi walaupun waktu itu rakan- rakan
yang lain masih lagi bercuti semester sebelum masuk semester akhir untuk tahun
akhir. Namun, saya sudah bersemangat bertolak ke UMT. Kemudian saya melakar
jelas tarikh akhir untuk final presentation iaitu pada 12 Jun 2012. Dalam hati
tak sabar nak sampai ke ‘hujung’ destinasi FYP.
Hakikatnya,
setiap keputusan ada risikonya. Pasti ada perkara yang terkorban. Mungkin
sedikit, mungkin juga banyak. Sejak saya ‘bertapa’ di UMT, saya kurang masa
dengan Facilitator Team, PKPIM, anak- anak usrah, keluarga di kampung mahupun
rakan- rakan sebilik. Saya rindu mereka setiap kali berjauhan beribu batu.
Dalam hati agak terkilan apabila amanah saya sebagai naqibah, assistant
Module & Training Coordinator (MTC- FACITEAM) dan juga exco Latihan
& Pembangunan PKPIM Pusat tak mampu saya laksanakan dengan sempurna.
Ke’terkilan’an itu terasa hingga kini.
Namun,
saya tetap cuba mahu melibatkan diri dengan usrah Kesatuan Pelajar Islam
Terengganu (KEPITAR) mahupun ABIM Terengganu sepanjang keberadaan saya di UMT.
Mencuri- curi masa ke usrah. Kadang- kala tak sempat kerana perlu berada di
makmal hingga ke subuh gamaknya. Tapi, hanya sekali saya berani lakukan. Itu
pun bertemankan pelajar master yang turut melengkapkan projeknya di makmal yang
sama. Mujur, Alhamdulillah.
********************************************
Kini
soalnya, apakah mungkin saya mampu mencapai objektif projek dalam tempoh kurang
dari dua minggu ni?
“Kalau
pihak fakulti awak dapat consider tukar duesubmission kepada lewat
seminggu, awak masih ada masa untuk re-do cloning for female pula.”
Cadang Dr. Asma.
Re-do
dalam eksperimen adalah perkara biasa. Hatta Thomas Edison pun melakukan
ulangan terhadap percubaannya sehingga hampir seratus kali yang akhirnya
menemukan sebuah kejayaan pada cahaya lampu yang kita guna pada hari ini. Saya
pula, belum lagi sampai lima kali. Baik, saya bersetuju bahawa ulangan dalam
percubaan demi mempelajari sesuatu amat bagus. Namun, dalam masa yang sama saya
juga harus belajar meminimakan penggunaan sampel, chemical solution, cloning
kit, dan lain- lain agar tak berlaku pembaziran masa dan tenaga. Saya yakin
kos yang ditampung oleh co- supervisor saya untuk projek ini tak kurang tiga
ribu ringgit atau mungkin lebih.
“Baik,
saya akan cuba yang terbaik, insyaAllah.” Saya mengangguk lemah.
“Projek
ni simple je sebenarnya. Awak review semula method yang awak
guna. Check dengan pelajar master saya. Kalau awak ikut betul- betul without
missing any step, pasti jadi, insyaAllah.” Tambah Dr. Asma.
Allahu
akbar. Terasa berat. Method dan projek saya ni sudah hampir sama dengan
research PhD student sebab mereka juga mengguna pakai method yang sama.
Apa yang berbeza hanyalah sample dan kuantiti. Saya telah menghabiskan masa
seharian dalam lab kelmarin. Berjaga hingga subuh. Seorang diri. Memang agak
gila dibuatnya bila hasil yang diharap tak menjadi.
Air
mata seperti sudah kering airnya. Hati meruntun sendirian. Kembali mencari
kekuatan. La hau la wala quwwata illah billah.Mahu mengadu kepada siapa?
Pastilah Allah.
Lalu
saya bertekad mahukan pengakhiran yang baik dalam projek ini. Saya yakin Allah
sentiasa ada untuk membantu saya. Alang- alang sudah ke sini, baik saya
menyelesaikan projek ini sepenuh hati.
Berpegang
dengan keyakinan kepada kalimah la hau la wa la quwwata illah billah.
Allah will always be with me, insyaAllah.
************************************************
“Ok,
Good. It’s an interesting project indeed. Well done.” Ulas Dr. Tariqurrahman
sebelum mengajukan beberapa soalan kepadaku semasa sesi perbentangan thesis.
Alhamdulillah,
saya berjaya menjawab hampir kesemua soalan examiner, Prof. Muhammad
mahupun Dr. Tariqurrahman. Usai membuat sedikit pembetulan pada final draft,
thesisterus dihantar ke UPM untuk membuat hard boundpula. Sangat
murah. RM10 untuk satu cetakan. Cuma syaratnya mestilah membuat cetakan melebih
3 salinan.
*****************************************
“Tahniah.
Bagus. Saya bangga dengan kamu sebab sanggup berjalan jauh hingga ke sini demi
menyelesaikan projek ni. Awak pun saya lihat tiada masalah menyesuaikan diri
dengan semua orang. Berfikiran terbuka. Saya doakan awak berjaya akan datang. Keep
in touch ya. Bila nak kahwin ni?” ujar Dr. Asma sebaik saya menyerahkan
hard bound thesis saya kepadanya.
“Alhamdulillah.
Errk… yang itu bila sampai masanya, insyaAllah.” Saya menjawab ringkas.
Saya
sempat bertemu dengan Dr. Asma setelah kesemua peringkat berjaya saya lalui.
Saya
bersyukur kerana Allah beri saya peluang dan ruang menimba pengalaman membuat FYP
di sana. Situasi awal yang saya alami, suasana baru, kurang kenal orang, tak
biasa dengan alatan dan perkakas. Segala- galanya baru. Saya perlu adaptasi
dengan suasana sekeliling sesegera yang mungkin. Dalam masa yang sama perlu
hadam projek saya sebaiknya. Serius. Itu sungguh mencabar bagi saya. Mujur, co- supervisor, Dr. Asma
bersifat supportive. Boleh saya katakan juga beliau sangat positif. Saya
suka! Selain pelajar master dan PHD serta pembantu makmal juga sangat banyak
membantu. Saya rasa terharu. Mereka melayan saya seperti ahli keluarga walaupun
tidak semua orang di situ memberi layanan seperti itu. Tapi, cukup dengan 2
atau 3 orang yang berhati mulia sudah amat bermakna bagi saya. Setiap bantuan
mereka saya anggap ia adalah bantuan daripada Allah. Mereka hanyalah
pengantara.
***********************************************
“Please
forward the file to your supervisor, Dr. Rosliza.” Pesan Dr. Asma pada
email saya yang dilampirkan bersama softcopy proceeding FYP saya yang dibentangkan
dalam sebuah symposium antarabangsa di UMT.
Alhamdulillah,
syukur.
Banyak
ibrah sepanjang saya menyiapkan FYP. Di pengakhiran semester, saya berasa
begitu mudah sekali. Semuanya lancar. Saya pasti tiada yang menjadikan sesuatu
itu mudah melainkan Allah dan tiada apa yang mungkin jika Allah sudah
ber’kehendak’.
********************************************************
Kadang-
kadang saya berasa seolah satu keajaiban telah berlaku. Banyak pertolongan yang
kita dapat jika kita bertawakal kepada-Nya. Ang lainPertolongan dating dalam
bentuk yang tidak disangka- sangka. Labwork
saya benar- benar menjadi dalam tempoh seminggu saja. Tiba- tiba tarikh hantar
final draft ditunda lagi 1 minggu. Subhanallah, terima kasih ya Allah.
Supervisor di UIA, Dr. Rosliza juga sangat memberi sokongan kepada saya. Tiket
perjalanan Kuantan- Terengganu saya dapat claim daripada beliau selain
tak jemu membuat semakan demi semakan keatas draf thesis saya.
Antara
ibrah yang lain, mungkin saya merasakan kesusahan pada awalnya. Kadang menjadi,
kadang tidak. Kadang dapat keputusan yang kita harapkan, kadang tidak. Namun,
saya fikir mungkin saat awal itu adalah peringkat latihan buat saya. Practice
make perfect. Mungkin juga Allah mahu saya melalui saat yang sukar dulu supaya
saya mampu menghargai saat senang.
Saya
pasti setiap pelajar tahun akhir ada kisah pahit, manis di sebalik FYP mereka.
Namun, bukan soal pahit atau manis yang menjadi isu, tapi sejauh mana kita
bersyukur dan redha dengan aturanNya serta sejauh mana kita mengambil ibrah
atas setiap yang berlaku.
Walau
bagaimanapun, kunci setiap yang berlaku ke atas saya adalah optimis. Optimis
pada pengakhirannya berserta gambaran yang jelas bentuk, sifat dan warna. Biar
begitu. Optimis juga pada kerja- kerjaNya sertayakinlah, ada jalannya, insyaAllah.
Oleh: Nor Athirah bt Md. Sharif, BSBT