PKPIM KUANTAN. Dikuasakan oleh Blogger.

Ada Jalannya, insya-Allah

oleh Hanna Disember 24, 2012









“Sayang betul la. Result cloning in male clownfish dah ‘cantik’, tapi kenapa in female clownfish langsung tak menjadi? Macam mana nak compare the result between male and female nanti? Saya berhasrat nak publish research ni.” Luah Dr. Asma, co- supervisor yang saya hormati.

Saya hanya diam membatu. Buntu.

“Mungkin awak ada miss step di mana- mana. Ok, jom kita troubleshoot sama- sama.” Pujuk Dr. Asma.

Dalam hati sebak tak terkata. Final Year Project (FYP) yang bertajuk “Identification and Isolation of Microsatellite from Male and Female in A. ocellaris by Using RAMs Primer SC6” hanya berbaki kurang lima belas hari sebelum tarikh menghantar final draft thesis.

Saya terdiam buntu kerana pelbagai perkara terbuku dikalbu.

Hati mula menyoal. Mampukah saya untuk mencapai objektif projek iaitu isolate and determine 10 clones of male and female of false clownfish? Sampel untuk ikan jantan dah settle. Tapi sampel untuk ikan betina langsung tak menjadi.

Sempatkah?

Proses mengklon dengan mengaktifkan bakteria e.coli bakal mengambil masa selama 1 minggu. Itu pun jika tiada apa-apa masalah. Bermula dengan proses PCR, kemudian purify dan akhirnya incubatepada takat suhu tertentu selama 16-18 jam setelah proses ligation and transformation (cloning).

Namun, bukan hanya tamat di situ. Klon yang berjaya harus dihantar ke 1st Base Laboratory untuk mendapatkan ‘jujukan berulang’ dan mengambil lagi masa 2 hingga 3 hari berkerja. Setelah itu, data dianalisa dan dibincang dengan sokongan artikel- artikel serta jurnal yang lain sebelum ditaip kemas dalam perenggan final draft.

Sekai lagi diri bermonolog sendiri. Sempatkah?

Hati mula bermuhasabah dan mengimbau semula saat ‘mula’.Saya telah memilih untuk melaksanakan Final Year Project (FYP) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bermula dengan minat terhadap bidang molecular biologi setelah mendapat pendedahan di makmal UMT semasa industrial training membuat diri saya tercabar untuk lebih mengenal, mendekati dan memahaminya. Bermain dengan DNA, enzim, bakteria pasti jadi teruja untuk melihatnya. Namun, mata ini pasti tidak mampu untuk melihat benda seni itu begitu sahaja. Itulah keterbatasan seorang manusia. Ada hikmahnya.Maka, dengan sedikit bekal yang ada saya nekad meneruskan dan melengkapkan lab work FYP saya di UMT.
Everything is provided including sample, equipment, chemical, and etc. You just come and do or if you want to handle in UIA, no problem. But I would suggest you to handle it here because it is easier for you to refer or discuss with me. ” Saran Dr. Asma.

Ok, I’ll be there to complete my lab work, insyaAllah.”

*****************************

Jadual mula disusun rapi. Menyusun jadual. Mengatur perbelanjaan makanan, penginapan, dan perjalanan.Mujur semester akhir bagi pelajar tahun empat bioteknologi hanya ada FYP dan satu subjek serta tiada peperiksaan akhir semester. Jadi, sayaberpeluang untuk berulang dari UIA-UMT setiap dua minggu. Itu perancangan awal yang diatur. Seawal bulan Disember 2011 saya memulakan latihan makmal yang terus menjurus kepada tajuk Final Year Project yang diberi walaupun waktu itu rakan- rakan yang lain masih lagi bercuti semester sebelum masuk semester akhir untuk tahun akhir. Namun, saya sudah bersemangat bertolak ke UMT. Kemudian saya melakar jelas tarikh akhir untuk final presentation iaitu pada 12 Jun 2012. Dalam hati tak sabar nak sampai ke ‘hujung’ destinasi FYP.

 Hakikatnya, setiap keputusan ada risikonya. Pasti ada perkara yang terkorban. Mungkin sedikit, mungkin juga banyak. Sejak saya ‘bertapa’ di UMT, saya kurang masa dengan Facilitator Team, PKPIM, anak- anak usrah, keluarga di kampung mahupun rakan- rakan sebilik. Saya rindu mereka setiap kali berjauhan beribu batu. Dalam hati agak terkilan apabila amanah saya sebagai naqibah, assistant Module & Training Coordinator (MTC- FACITEAM) dan juga exco Latihan & Pembangunan PKPIM Pusat tak mampu saya laksanakan dengan sempurna. Ke’terkilan’an itu terasa hingga kini.

Namun, saya tetap cuba mahu melibatkan diri dengan usrah Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) mahupun ABIM Terengganu sepanjang keberadaan saya di UMT. Mencuri- curi masa ke usrah. Kadang- kala tak sempat kerana perlu berada di makmal hingga ke subuh gamaknya. Tapi, hanya sekali saya berani lakukan. Itu pun bertemankan pelajar master yang turut melengkapkan projeknya di makmal yang sama. Mujur, Alhamdulillah.

********************************************
Kini soalnya, apakah mungkin saya mampu mencapai objektif projek dalam tempoh kurang dari dua minggu ni?

“Kalau pihak fakulti awak dapat consider tukar duesubmission kepada lewat seminggu, awak masih ada masa untuk re-do cloning for female pula.” Cadang Dr. Asma.

Re-do dalam eksperimen adalah perkara biasa. Hatta Thomas Edison pun melakukan ulangan terhadap percubaannya sehingga hampir seratus kali yang akhirnya menemukan sebuah kejayaan pada cahaya lampu yang kita guna pada hari ini. Saya pula, belum lagi sampai lima kali. Baik, saya bersetuju bahawa ulangan dalam percubaan demi mempelajari sesuatu amat bagus. Namun, dalam masa yang sama saya juga harus belajar meminimakan penggunaan sampel, chemical solution, cloning kit, dan lain- lain agar tak berlaku pembaziran masa dan tenaga. Saya yakin kos yang ditampung oleh co- supervisor saya untuk projek ini tak kurang tiga ribu ringgit atau mungkin lebih.

“Baik, saya akan cuba yang terbaik, insyaAllah.” Saya mengangguk lemah.

“Projek ni simple je sebenarnya. Awak review semula method yang awak guna. Check dengan pelajar master saya. Kalau awak ikut betul- betul without missing any step, pasti jadi, insyaAllah.” Tambah Dr. Asma.

Allahu akbar. Terasa berat. Method dan projek saya ni sudah hampir sama dengan research PhD student sebab mereka juga mengguna pakai method yang sama. Apa yang berbeza hanyalah sample dan kuantiti. Saya telah menghabiskan masa seharian dalam lab kelmarin. Berjaga hingga subuh. Seorang diri. Memang agak gila dibuatnya bila hasil yang diharap tak menjadi.

Air mata seperti sudah kering airnya. Hati meruntun sendirian. Kembali mencari kekuatan. La hau la wala quwwata illah billah.Mahu mengadu kepada siapa? Pastilah Allah.

Lalu saya bertekad mahukan pengakhiran yang baik dalam projek ini. Saya yakin Allah sentiasa ada untuk membantu saya. Alang- alang sudah ke sini, baik saya menyelesaikan projek ini sepenuh hati.
Berpegang dengan keyakinan kepada kalimah la hau la wa la quwwata illah billah. Allah will always be with me, insyaAllah.

************************************************

Ok, Good. It’s an interesting project indeed. Well done.” Ulas Dr. Tariqurrahman sebelum mengajukan beberapa soalan kepadaku semasa sesi perbentangan thesis.

Alhamdulillah, saya berjaya menjawab hampir kesemua soalan examiner, Prof. Muhammad mahupun Dr. Tariqurrahman. Usai membuat sedikit pembetulan pada final draft, thesisterus dihantar ke UPM untuk membuat hard boundpula. Sangat murah. RM10 untuk satu cetakan. Cuma syaratnya mestilah membuat cetakan melebih 3 salinan.
*****************************************

“Tahniah. Bagus. Saya bangga dengan kamu sebab sanggup berjalan jauh hingga ke sini demi menyelesaikan projek ni. Awak pun saya lihat tiada masalah menyesuaikan diri dengan semua orang. Berfikiran terbuka. Saya doakan awak berjaya akan datang. Keep in touch ya. Bila nak kahwin ni?” ujar Dr. Asma sebaik saya menyerahkan hard bound thesis saya kepadanya.

Alhamdulillah. Errk… yang itu bila sampai masanya, insyaAllah.” Saya menjawab ringkas.
Saya sempat bertemu dengan Dr. Asma setelah kesemua peringkat berjaya saya lalui.

Saya bersyukur kerana Allah beri saya peluang dan ruang menimba pengalaman membuat FYP di sana. Situasi awal yang saya alami, suasana baru, kurang kenal orang, tak biasa dengan alatan dan perkakas. Segala- galanya baru. Saya perlu adaptasi dengan suasana sekeliling sesegera yang mungkin. Dalam masa yang sama perlu hadam projek saya sebaiknya. Serius. Itu sungguh mencabar bagi saya.  Mujur, co- supervisor, Dr. Asma bersifat supportive. Boleh saya katakan juga beliau sangat positif. Saya suka! Selain pelajar master dan PHD serta pembantu makmal juga sangat banyak membantu. Saya rasa terharu. Mereka melayan saya seperti ahli keluarga walaupun tidak semua orang di situ memberi layanan seperti itu. Tapi, cukup dengan 2 atau 3 orang yang berhati mulia sudah amat bermakna bagi saya. Setiap bantuan mereka saya anggap ia adalah bantuan daripada Allah. Mereka hanyalah pengantara.

***********************************************

Please forward the file to your supervisor, Dr. Rosliza.” Pesan Dr. Asma pada email saya yang dilampirkan bersama softcopy proceeding FYP saya yang dibentangkan dalam sebuah symposium antarabangsa di UMT.

Alhamdulillah, syukur.

Banyak ibrah sepanjang saya menyiapkan FYP. Di pengakhiran semester, saya berasa begitu mudah sekali. Semuanya lancar. Saya pasti tiada yang menjadikan sesuatu itu mudah melainkan Allah dan tiada apa yang mungkin jika Allah sudah ber’kehendak’.

********************************************************
Kadang- kadang saya berasa seolah satu keajaiban telah berlaku. Banyak pertolongan yang kita dapat jika kita bertawakal kepada-Nya. Ang lainPertolongan dating dalam bentuk yang tidak disangka- sangka.  Labwork saya benar- benar menjadi dalam tempoh seminggu saja. Tiba- tiba tarikh hantar final draft ditunda lagi 1 minggu. Subhanallah, terima kasih ya Allah. Supervisor di UIA, Dr. Rosliza juga sangat memberi sokongan kepada saya. Tiket perjalanan Kuantan- Terengganu saya dapat claim daripada beliau selain tak jemu membuat semakan demi semakan keatas draf thesis saya.

Antara ibrah yang lain, mungkin saya merasakan kesusahan pada awalnya. Kadang menjadi, kadang tidak. Kadang dapat keputusan yang kita harapkan, kadang tidak. Namun, saya fikir mungkin saat awal itu adalah peringkat latihan buat saya. Practice make perfect. Mungkin juga Allah mahu saya melalui saat yang sukar dulu supaya saya mampu menghargai saat senang.

Saya pasti setiap pelajar tahun akhir ada kisah pahit, manis di sebalik FYP mereka. Namun, bukan soal pahit atau manis yang menjadi isu, tapi sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan aturanNya serta sejauh mana kita mengambil ibrah atas setiap yang berlaku.

Walau bagaimanapun, kunci setiap yang berlaku ke atas saya adalah optimis. Optimis pada pengakhirannya berserta gambaran yang jelas bentuk, sifat dan warna. Biar begitu. Optimis juga pada kerja- kerjaNya sertayakinlah, ada jalannya, insyaAllah.


Oleh: Nor Athirah bt Md. Sharif, BSBT 

0 comments

Al-Waqtu Kas-Soif

Bersama Permata Tinta