Di UIA, kos optometri
dibawah selian Department of Optometry & Visual Science, Kulliyah of Allied
Health Sciences. UIA adalah IPTA kedua mempunyai kos optometri selepas UKM. Di
Malaysia terdapat 7 buah IPT yang menawarkan kos optometri iaitu 3 IPTA
(UKM, UIA, UiTM) dan 4 IPTS (Twintech, SEGI College, Tun Hussein Onn Eye
Hospital, MSU). Selalunya kita berpeluang beramah mesra dengan pelajar dari universiti
lain apabila adanya konferens, seminar atau hari sukan. Antara aktiviti yang
telah dianjurkan UIA untuk pelajar optometri satu Malaysia ialah Malaysia
Optometry Students Sport Event 2010 (MOSSEM 2010) yang telah diadakan di Pantai
Sepat, Kuantan dan Malaysia Optometry Student Seminar 2012 (MOSSEM 2012) di
Grand Hall, Admin Building UIA Kuantan . Kita juga pernah menghantar pelajar ke
konferens dan hari sukan yang dianjurkan oleh universiti lain. Dalam keluarga
opto banyak juga aktiviti yang
dijalankan. Selalunya aktiviti ini dianjurkan oleh department. Semua pelajar,
pensyarah dan staf akan sertai aktiviti-aktiviti seperti jamuan raya, family
day, mahabbah night dan sebagainya.
Optics dan ocular
anatomy antara subjek yang akan belajar ditahun pertama. Subjek ini adalah asas
dalam optometri. Kegunaan subjek ini akan lebih jelas apabila belajar Clinical
Optometry di tahun dua. Semua prosedur yang akan kita lakukan pada pesakit
mempunyai asas optic. Ketika di tahun
dua kesibukan mula melanda. Jadual akan penuh pagi hingga petang. Tiap-tiap
minggu kena hantar report clinical, ini tak termasuk assignment subjek lain.
Assignment bukan sekadar menaip di kertas tetapi ada juga assignment kena buat
video dalam subjek pharmacology. Ketika di tahun dua juga akan belajar
Binocular vision yang selalu memeningkan kepala. Kadang-kadang ada juga kelas hujung minggu dimana pensyarah dari
universiti lain akan datang mengajar. Mungkin pada awalnya, kita akan rasa
stress apabila ada kelas dihujung minggu tetapi ini adalah sebahagian latihan
untuk menjadi seorang optometrist. Mungkin kita akan kehilangan cuti hujung
minggu akan datang jika kita memilih untuk bekerja di kedai cermin mata. Jika
tidak mahu, kita boleh memilih untuk bekerja di hospital atau pun kedai cermin
mata yang bercuti pada hari ahad.
Masuk tahun ketiga
akan belajar dispensing. Disini kita akan belajar potong kanta mengikut
kesesuaian bingkai cermin mata. Subjek ini sangat seronok untuk orang yang suka
teknikal. Di semester kedua, kita akan berjumpa dengan pesakit sebenar. Semua
subjek yang sudah di belajar sebelum ini akan di gunakan dalam klinik. Sebelum
pesakit datang, mereka akan buat temujanji dahulu. Jika ada dikalangan
kawan-kawan kita yang ingin jadi pesakit kita, kita perlu buatkan temujanji
untuknya mengikut kekosangan tarikh. Masa untuk klinik 2 jam untuk seorang
pesakit. Dalam masa dua jam, kita perlu buat semua test iaitu entrance test,
refraction dan lain-lain. Jika persakit memerlukan follow up, kita akan buatkan
temujanji seterusnya untuk pesakit. Selain itu, kita juga akan buat screening
disekitar Kuantan. Jika ada pesakit yang mempunyai masalah, kita akan bagi
temujanji untuk datang ke klinik
kita.
Apabila ada kemasukan
pelajar baru, minggu pertama selalunya akan diadakan perjumpaan satu
department untuk memperkenalkan
pelajar-pelajar baru. Soalan wajib yang perlu adik-adik jawap ialah kenapa
pilih optometri. Macam-macam jawapan yang akan didengar. Ada yang nak buka
kedai cermin mata sendiri, ada yang nak tolong orang sakit. Walau apapun
jawapannya jangan lupa setiap yang kita lakukan semua kerana Allah. Mungkin
jawapan kenapa mahu jadi optometris dan apa yang kita suka dalam optometri akan
menentukan tempat kerja yang kita akan pilih akan datang. Tercetusnya persoalan
ini ketika berpraktikal semasa cuti yang lalu. Berpraktikal di dua tempat iaitu
hospital dan kedai cermin mata memberi pengalaman yang berbeza. Di hospital,
masuk kerja pukul 8.00 pagi dan pulang pukul 5.00 petang.Waktu bekerja 5 hari
sahaja seminggu. Disini, akan temui pesakit mata yang agak serius dan boleh
jumpa macam-macam penyakit dan syndrome yang kita belajar dalam Ocular Disease.
Walaupun optometris tidak terlibat di dalam bilik pembedahan, optometris akan
terlibat sebelum dan selepas pembedahan untuk melihat perkembangan power mata.
Alhamdulillah, ketika disana, pelajar praktikal dibenarkan masuk bilik
pembedahan dan melihat sendiri prosedur pembedahan katarak. Disini, pesakit
sangat ramai sehingga kadang-kadang satu hari 40 orang pesakit datang buat
refraction, 20 orang buat A scan, 20 orang buat HVF. Walaupun pesakit ramai, pkul
5.00 petang sudah boleh pulang ke rumah. Ini sedikit berbeza ketika
berpraktikal di kedai cermin mata. Masa bekerja pukul 10.00 pagi hingga 9.00
malam. Disini banyak belajar tentang jenama-jenama dan jenis-jenis kanta serta
kanta lekap, belajar dispensing dan pengalaman memilih bingkai yang sesuai
untuk pelanggan. Di sini pelanggan tidak seramai di hospital, paling ramai pun
15 orang satu hari terutama pada hari sabtu, ahad dan cuti am. Disebabkan itu,
pekerja tidak dibenarkan cuti pada hari
tersebut kecuali senior optometrist. Apa-apa pun pilihan tempat kerja, asalkan
hati gembira dan masih boleh mencari ruang dan peluang berbakti pada
masyarakat.
Alhamdulillah, saya
baru sahaja selesai perbentangan proposal projek tahun akhir. Dekat seminggu lebih
juga, tidurnya tidak teratur untuk menyiapkan report praktikal, 2 kes pesakit
untuk perbentangan dan menyiapkan proposal
projek tahun akhir. Semua ini perlu dihantar dan dibentang seminggu
sebelum masuk semester baru. Dikala sahabat-sahabat semester lain masih lagi
bercuti, kami pelajar tahun akhir optometri sudah berada di Kuantan. Ini bukan
kali pertama, semester lepas juga bergini, datang awal untuk praktis klinik.
Kami akan jadi pelajar semester paling akhir balik rumah untuk bercuti dan
paling awal pulang semula ke Kuantan.
Jadual tahun 4 sudah
berada ditangan. Jika dahulu cuma ada satu klinik iaitu Primary Care Clinic,
sekarang ada penambahan dua klinik iaitu specialization clinic dan contact lens
clinic. Specialization clinic termasuk masalah low vision, rabun warna, masalah
binocular vision dan pediatrik. Tidak lupa juga, projek tahun akhir perlu
disiapkan. Semoga kesibukan yang bakal ditempuhi ini tidak melupakan saya pada
amanah yang dipegang.
Jika mengimbau kembali ilmuan islam yang terkenal
dalam sumbangannya dalam optik,iaitu Ibn Haitam. Beliau juga dikenali sebagai
saintis pertama . Beliau bukan sahaja menguasai ilmu optik, malah turut
menyumbang dalam bidang astronomi, kejuruteraan, perubatan, matematik, falsafah
dan psikologi. Selain ilmu di dalam kelas, banyak lagi ilmu di luar kelas yang
boleh kita terokai. Sains itu alam. Alam itu tanda kebesaran Allah. Semoga
apa-apa yang kita belajar menuju kepada Allah.



0 comments